Biodata Zahirah MacWilson pelakon Mencintaimu

Zahirah merupakan anak sulung kepada pelakon dan bekas penyampai TV3, Zainol Johari MacWilson. Sebelum ini dia bersama ayah ibu dan adik-beradiknya menetap di Perth, Australia selepas lama menetap di United Kingdom

Gambar Zainol Johari MacWilson Ayah Zahirah
Kemunculan Zahirah MacWilson dalam dunia lakonan tanahair mungkin mewarisi bakat seni daripada bapanya, bak kata pepatah “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”
Sebelum memegang watak utama dalam drama Mencintaimu, Zahirah Mac Wilson telah tampil dalam beberapa siri drama namun hanya diberikan watak kecil antaranya seperti drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir
Zahirah MacWilson juga merupakan seorang model dan dia menceburi bidang itu seawal usia 12 tahun
Mungkin momentum sepanjang karier Zahirah MacWilson yang agak cemerlang dia boleh tersenyum riang kerana mula dihujani pelbagai tawaran berlakon apatah lagi drama Mencintaimu yang dibintangi disiarkan di slot akasia pastinya akan melonjakkan namanya dalam persada dunia seni tanah air
GAMBAR-GAMBAR ZAHIRAH MACWILSON


Kepada peminat drama di Slot Akasia yang mula meminati lakonan Zahirah MacWilson berikut disertakan biodata atau profil ringkas tentang beliau dan juga pautan akaun laman sosialnya
Nama Penuh
Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson

Nama Popular
Zahirah Macwilson

Umur
20 tahun (2015)

Tempat Lahir
Kuala Lumpur

Keturunan
Kacukan Inggeris dan Melayu

Kerjaya
Model dan Pelakon

Pendidikan
Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Universiti Curtin, Australia)

Drama Lakonan
Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mencintaimu, Mr London Ms Langkawi, Mencintaimu (2015)

0 comments:
Post a Comment